Tuesday, March 9, 2010

Pokok Pisang Pelik

Pak Teh ada sms pada pagi Sabtu lalu. Dia kata ada pisang pelik kat kebun depan rumah mak. So dia suruh bawa camera untuk gambar pokok pisang tu.

So terpaksa lah saya cari camera kat rumah. Selalu nya Mimi yg pakai camera yg baru dapat tu. Tapi bateri nya lak takde. So saya decide nak singgah kedai sebelum ke rumah mak.

Sampai jer kat rumah mak, terus lah pergi kat kebun tu carik yg mana pokok yang di kata kan pelik tu. Carik punya carik.. baru jumpa. Pokok dia tak lah besar sangat macam biasa. Cuma pokok sederhana.

Tapi bila nak ambil gambar, camera lak tak berfungsi walaupun bateri baru. Alahai lah nasib..
Anyway lepas Zuhur Zalma datang dengan family. So saya ajak lah Ika & adik pergi tengok. Ika pulak ada HP camera so dia lah yang ambil kan gambar-gambar ini.





A'ah lah.. pokok nya berbuah pelik sikit. Selalu nya pokok pisang berbuah dari hujung nya dimana pelepah daun tumbuh. Ni tak pulak. Buah nya mula bercambah dari tengah batang nya.




Dah lah tu, buah bercambah dari bawah keatas. Yakni jantung pisang nya bukan tergantung kebawah seperti biasa tapi keatas. Cuba tengok gambar bawah ni.






Walau bagaimana ini memang pelik bagi saya. Pokok pisang yang berbuah terbalik keatas dari batang pokok nya.

Tapi kalau kalau masak nanti, nak di makan ke? Mana tau kan... buah yang pelik-pelik ni mungkin ada kelebihan nya.??????









2 comments:

go beyond the horizon said...

bro lama tak update. How's kids, your mom and work? good?
Dulu rumah mymother lepas pisang di petik pokok pisang dipancah separuh, then dia tumbuh keluar tandan terjulur keluar dari tengah batang/tunggul pisang. Buah pisang nya kecil sahaja. but perfect setandan pisang..

So we all concluded pisang boleh berbuah dua kali.. this happened in 1985.

Anette said...

Bro, I baru diperkenalkan dgn your blog. Sedih and terharu membaca your sory. Anyway, I like reading your writing..so bersahaja and I pick up so many new words. Maklumlah I am "school runner", he!he!. Anyway, pls continue to write k...