Friday, November 7, 2008

KEBAHAGIAN SEORANG SUAMI

I remember my sister sent me an email (below) quite sometimes ago. I knew it was something that relates to me and after reading it I though of putting it up in this blog. Unfortunately because I was too busy then, I forgot about it ... until lately when suddenly I remember about this email.

And getting old email is not easy. I knew I read it somewhere that my sister sent. Could it be in my Gmail, Yahoo or office email? Tu lah dia banyak sangat email account. And in one day easily I get hundreds emails. So you can guess how long it took me to search for it.

Anyway to cut story short, this email really put some ease in me. After reading the content, I then realised that it's not necessary for you to mourn for years over somebody death because there is something for her/him in the hereafter.

And this morning while driving to work, I heard the Ustaz in the radio mentioned that there must be a good reason if Allah takes away somebody or something from you. It's just that we have to be patience and realise that Allah knows the best for you.

By the way, as I had wrote somewhere in this blog, I redha Ky's passing. But what I didn't really mentioned is that at times I never really feel her lost. Not because I didn't love her and not because I didn't care for her. Most of the time it reminded me with our good times together. But now I knew the answer. And you have to read this till the end to find out why?

KEBAHAGIAN SEORANG SUAMI

Seoarang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta’ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: “ semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta’ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini.”

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu.

Si suami meneruskan kata-katanya: “ Demi Allah yang tiada Ilah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam);

“Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga.”[1]


[1] (Riwayat Al-Hakim dan At-Tirmizi)

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia.” Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta’ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya.”

Conclusion :

Now at least I know that she is in good hand. Insyaalah she'll be in Syurga. And I don't have to worry about that. Now I realised why at one time Mimi mentioned about her mom. Please read this posting " Mimi mimpi Mak".

No comments: