Sunday, February 8, 2009

Mimi basuh kasut sendiri

Dulu masa kecik-kecik, kita lah yg basuh kasut sekolah sendiri. Takde siapa yg nak tolong basuh kasut kita. Kalau tak basuh sendiri, alamat nyer.. hari Isnin pergi sekolah pakai kasut yg tak basuh tu. Dah lah tu, kasut ada sepasang jer.

Tak macam budak sekolah sekarang. Kurang-kurang nya 2 pasang seorang. Kalau dia orang pergi sekolah kebangsaan pada pagi dan sekolah agama pada petang nya.. mungkin lebih lagi kasut dia.

Mimi anak pompuan I sorang ni, ada empat pasang kasut. 2 untuk sekolah pagi dan 2 untuk sekolah Agama petang. Dah lah tu, sebab dia jadi pengawas pusat sumber, so kena pakai kasut hitam. Tapi sekolah agama pulak, dia pakai kasut putih pulak. So terpaksa lah sediakan 4 pasang kasut. Just in case kalau hujan dan kasut basah. So ada spare kasut.


Tapi yang jadi masaalah nya ialah, lagi banyak kasut yang dia ada, bukan dia ambil hal nak cuci kan nya every weekened. Bibik ler lah jadi tukang cuci kasut dia. Bukan nya kita tak bising suruh dia belajar cuci kasut, tapi dua buat dek jer.

Lagi pun kalau Saturday and Sunday, selagi tak kena kejut, tak bangun lah dia ni. Kadang-kadang sampai tengah hari baru buka mata. So bibik lah nak tak nak kena basuh kasut dia.


So petang tadi Mimi tiba-tiba tanya saya bagaimana nak belajar cuci kasut sendiri. Betul ke apa yang saya dengar ni? Dalam hati saya, elok lah jugak kalau dia nak basuh kasut sendiri. Kurang-kurang nya dia ada initiative nak belajar.


So dia tanya macam mana nak basuh kasut. Yang pertama sekali saya cakap.. nak basuh kasut, kena lah cari kasut tu kan. Pas tu rendam supaya kasut tu basah dan senang nak berus dengan sabun.

Pastu tu dia tanya lagi, pakai sabun apa? Saya cakap, cari lah sabun yang ada kast bilik air tu. Tapi saya terfikir juga, kalau dia ambil sabun mandi pulak kang lain lak cerita nya.

Tapi dia tanya lagi, nak pakai berus apa. So saya jumpa ada 3 berus. Satu berus sabut, 2 berus plastik. So dia tanya lagi.. macam mana nak berus. Jadi saya tunjukkan kan lah dia cara-cara memberus kasut dengan sabun buku. Baru lah dia faham.

So bila dia tengah basuh tu, saya pun relax nak tengok TV. Tiba-tiba dia jerit lagi, "Ayah nak tukar berus boleh tak?". Saya jawab lah..."boleh...janji kasut tu bersih."

Anyway at the end, bersih jugak lah dia cuci kasut dia. Tapi sebelum tu, saya jaar jugak dia teknik-teknik nak jemur kasut tu. Kasut tu kena lah tunggangkan dulu supaya air nya keluar dulu sebelum dijemur. Kalau tidak, mencecehlah air tu keluar.

Anyway, I'm glad that Mimi is learning how to scrub her own shoes. Tapi kasut yang hitam tu dia kata..."Takpayah lah ayah.. kasut hitam tak payah cuci sebab dia dah hitam!!!" Ha ialah tu????



Mula-mula kalau nak basuh kasut..mesti lah cari kasut tu kan?
Jangan cari bende lain pulak????


Pastu, basahkan kasut dan berus dengan sabun...tapi
bukan dengan dengan sabun mandi tau!


Berus betul-betul supaya semua nya bersih, ok...

4 comments:

mami zaitun said...

Mami nak ucap kan tahniah pada Mimi dah mula nak berdikari..lepas ni belajar basuh baju sekolah pulak..guna tangan..dan next belajar masak..good luck..

Zalina said...

"Hari Ini Dalam Sejarah" Mimi basuh kasut sekolah...... Ucu nak beritahu kasut putih kena kapur, kasut hitam kena kiwi. Dua-dua kena jemur supaya bakteria dalam kasut mati.

Anonymous said...

FYI, pakai sabun mandi basuh kasut sekolah lagi senang n cepat, tak payah berus susah2. Kalau tak percaya trylah..
Bibik saya yang ajar n memang dah try memang berkesan..
Tapi make sure U mandi pakai sabun mandi liquidlah, kalau tak sabun basuh badan n basuh kasut sama jer... diorang belasah...

Haji Razali said...

Ehmmm, Papi pun tumpang gembira atas usha Mimi, kalau boleh disambung kepada tugas2 yang lain, banyak faedahnya. Papi pun dari sabelum sekolah dah basuh pakaian sendiri dan ambil upah basuh baju masa kat asrama.

Memang betul basuh pakai sabun mandi memberi hasil yang lebeh baik dan tak dijangkakan, itu sebabnya Papi tak pernah buang sabun mandi yang hampir habis, banyak kegunaannya. Samada basuh sapu tangan ataupun basuh setokin. Sabun mandi drp hotel boleh disimpan dlm kereta untuk kegunaan2 cuci tangan ditempat rehat dan sebagainya.

Harap satu hari nanti Mimi dah boleh gosok baju sendiri. OK? Tips yang ayah berikan memang tepat kerana ramai juga Ibu/bapa yang tak tau tip ataupun pengalaman basuh kasut sendiri. Salam