Thursday, March 20, 2008

Macam-macam cerita dia orang ni lah....

Scene 1:

Bro-out law: Zam kau nak tak?
Me : Nak apa?
Bro-out law: Alah.. nak kawin lagi lah....
Me : Taknak. Mengapa lak? Ada ke? (Curious jugak nak tau tu)
Bro-out law: Ada. Umur 30 tahun. Belum kahwin lagi.
Me : Tak nak
Bro-out law: Cepat lah.. Kalau taknak, aku ambik kang...
Me : Ok you ambik lah..

Leceh betul out-law ni.

Scene 2:

I met a lady office colleague whom I haven't seen long time. She was walking towards me but facing
the floor.

Me: Hi Zau, pandang atas lah sikit. Nanti terlanggar tiang lah pulak.
Zau : Eh...Azam. Apa khabar?
Me : I ok jer. Macam biasa.
Zau : Anak-anak you macam mana?
Me: Anak I ok jugak. Yang the boys tu no problem. Tapi my youngest girl tu jer rindu kat mak dia kadang-kadang.
Zau: You taknak lagi ker?
Me : Taknak apa? (but I understood what she meant by now)
Zau: Alah taknak lagi ker?
Me: Ada orang nak I ker?
Zau: Kalau you tak memilih, ramai lah... hehehehe

Cheh si Zau ni.. I pun belah dari situ.

Scene 3:

Sherry : Ha kau apa khabar Zam?
Me : Aku ok jer.. Kau ok ke?
Sherry: Aku ok gak. Tapi busy lah sekarang. Sorilah lama aku tak call kau sejak Ky meninggal.
Me: Tak pe lah Sherry. Aku pun busy gak.
Sherry: Eh Zam. Siapa jaga anak-anak kau.
Me: Aku lah. Sape lagi.
Sherry : Takde lah. Bila kau keje sape lak jaga dia orang.
Me: Kan aku ada bibik yang dah keje dengan aku lebih 16 tahun kan. Dia lah jaga dia orang.
Sherry: Bagus kan kau. Tapi kau jangan kahwin-kahwin lagi tau. Kau jaga anak kau betul-betul.
Me: Eh.. lain lak cerita kau tu..
Sherry : Betul Zam. Kau jaga anak kau baik-baik. Kalau kau gatal sangat, kau ...... jer tau, tapi jangan kahwin tau..
Me : Tak guna kau Sherry. Bukan nya nak suruh aku kahwin .. kutuk aku lak ya... ok byee.. hehehheee

Chisssss...

Scene 4:

Sophie: Ha kau sekarang ni dah single. Nak aku carik kan ke?
Me: Taknak.
Sophie: Eh..kau kan sekarang single and available.
Me: Ya lah aku tau. Tapi bukan lah sekarang. Biar lah dua tiga tahun lagi.
Sophie: Kalau kau nak, nanti aku carik kan.
Me: Woi sejak bila lak kau ni jadi Agen Pencarik Jodoh ha?? Tak yah.. aku taknak lagi tau.
Sophie: Hehehehehe..

Scene 5:

I was walking for a meeting when suddenly Sheikh who was walking towards me smiling from ear to ear.

Me: Ha.. mengapa Sheikh kau tersengeh-sengeh ni.
Sheikh: Kau sejak dua menjak ni kan hensem je lah.
Me: Pehal pulak. Aku macam biasa jer.
Sheikh: Ya lah. Kau ni kan sekarang tengah mencari-cari kan.
Me : (I still cannot catch what he was saying). Apa kau cakap ni? Aku tak faham lah.
Sheikh: Ya lah .. carik awek lah. Kan kau tengah single ni. Patut lah hensem semacam jer.
Me: Celaka kau Sheikh. Aku ingat kan apa bende.

Scene 5:

We were in a meeting room while waiting for other to come when suddenly Onn ask me.

Onn: Kau taknak kahwin lagi ker Zam? (He asked politely)
Me: Tak lagi kot. Not these 2 three years.
Onn: Bagus lah tu.
Me: Ngape lak?
Onn: Bukan apa. Sekarang ni memang lah tak terasa. Tapi nanti dah tua-tua nanti kau seorang aje tinggal. Anak-anak nanti tinggalkan kau. Kalau kau kahwin, ada juga teman tua kau nanti?
Me: I just give him a smile.... (Betul jugak Onn cakap kan!!!!!)

And that makes sense....

I know all my friends and family meant well when they ask me that "Million Dollar" question. And I ni pun jenis yang tak kisah sangat. And these peopla are very close to me. That's why they asked me out of concern.

Tapi ada gak cakap macam ni....

Scene 6:

Sis-in-law: Kalau you nak tu, I faham...
Me: Nak apa Nah.
Sis-in-law: Alah nak tu lah. We all will support you.
Me: Support apa bende Nah. Apa you cakap ni. Kahwin lagi ke?
Sis-in-law: Habis apa lagi?
Me: Eh boleh. I ingatkan you all (all the sisters in law) tak bagi.
Sis-in-law: Eh.. kita orang faham. We all support you.
Me: Alhamdullilah.
Sis-in-law: Tapi ada satu saje...
Me: Ha.. ada apa lagi.
Sis-in-law: Kena go through kita orang dulu tau.
Me: Hey.. sape nak kahwin ni. You ke I?
Sis-in-law: Kita orang nak interview dia dulu tau...
Me : Cheh....macam ni memang lah I tak dapat kahwin-kahwin lagi

Scene 7:

I was having lunch at the cafeteria with some office colleague (girls) as there was an empty seat at their table. Somehow we were talking on some topics and we came to this topic as well. I was relating the above story to them i.e. about all my sis-in-laws wanted to be the panel of interviewers for my future partner (if I ever want one).

Girl 1: Aha.. elok lah tu. Bagi kitarong interview jugak.
Me: Hey.. apa pulak ni?
Girl 2 : Betul lah dia cakap. I pun nak jadik panel jugak.
Girl 3 : I pun nak. Kita orang semua nak tau jugak tau.
Me: Eh.. kalau macam ni lah, semua orang nak kena interview dia, sampai bila I tak kahwin tau.
Girl 3: Ya lah.. kita orang punya standard tinggi tau.
Girl1 and 2 : hahahahahah...

Cheh ..Tak guna punya kawan.. bukan mau support gua.Bikin gua susah lagi ada lah..chissss.


Scene 8:

Suddenly she wanted to ask me.

Sis-in-law: Arwah ada wasiat.
And suddenly I know what she wanted to ask.
Me: I taknak tau.
Sis-in-law: Eh.. betul ni.
Me: Taknak
Sis-in-law: Dia ada wasiat supaya you ....
I cut her thru' halfway
Me: Taknak dan taknak.. ok byeeeee..

Heeh takut nak dengar wasiat ni. Entah betul ke tidak..or is she trying to pull my leg.

Ini bukan cerita dongeng tapi kisah benar... macam cerita KISAH BENAR ulangan TV3 tu. Tapi watak-watak tu kena lah tukar sikit ya supaya taknak mengaibkan yang hidup atau pun yang telah menginggal dunia. Tapi cerita-cerita macam ni lah yang menceria kan hidup gua tau...Chissss...


1 comment:

deOughtred said...

azam, jangan sampai nanti satu hari bibik yang dah kerja dgn you 16 tahun tu tanya, "bapak tak nak ke?" sudah laa... hahahah